Kehidupan awal Michael_Bay

Michael Bay dilahirkan di Los Angeles, California, US. Beliau dibesarkan oleh ibu bapa angkat beliau iaitu Harriet, pemilik sebuah kedai buku dan Jim, seorang akauntan. Beliau dibesarkan secara yahudi. Datuknya berasal dari Russia. Saudaranya, Susan Bay, merupakan janda pada mediang pelakon Star Trek, Leonard Nimoy (beliau merupakan pelakon suara sebagai Sentinel Prime dalam Transformers: Dark of the Moon). Beliau menghadiri Crossroads School, di Santa Monica, California. Bay meminati filem-filem aksi semasa kecil. Ketika beliau masih seorang budak kecil, beliau menyalakan sebuah mercun kedalam kereta api mainan dan diikuti dengan kejadian kebakaran bersama kamera 8 milimeter ibunya. Jabatan kebakaran di panggil dan Bay dikenakan hukuman atas perbuatannya.

Pengarah filem

Filem

Muzik video

Produser